Monday Blues

Isnin dah harini. Korang pagi-pagi dah gi kerja. Adakalanya, *ceaa adakala okey* aku rasa macam korang yang bekerja setiap hari, bangun pagi, masak untuk anak, siapkan botol susu anak, baju, hantar anak pergi nursery, siapkan barang keperluan suami, drive ke tempat kerja. Everyday buat perkara yang sama. Menjadi seorang pekerja dan seorang ibu adalah perkara yang memenatkan. Tapi itulah kuasa ibu kan. Demi keluarga, sanggup korban tenaga, kudrat yang ada. Sanggup buat semua tu walaupun badan letih gila. Sanggup bantu suami, ringankan beban suami. Sama-sama cari rezeki untuk keluarga. Pfttt... Aku rasa korang ni memang adalah dikalangan wanita yang kuat. Super power gila. Hihi!

Aku adalah seorang yang pemalas. Aku adalah seorang yang tak sanggup untuk susah. Serius. Aku tak sanggup jalani rutin yang korang hari-hari buat. Kalau boleh aku akan cari jalan, macam mana supaya aku tak payah pergi kerja. Tak payah pening kepala kena marah dengan bos.

Senang je kalau nak hidup mewah. Cari je la lelaki kaya kan. Muahahaha. Tapi masalahnya aku ni tak suka lelaki kaya. Acane??

Dari dulu lagi aku banyak plan. Dulu selalu cerita plan aku dengan Jemah. Sebab dia je yang sanggup dengar plan-plan mengarut aku. Haha! Kot dia ingat lagi la. Masa mula-mula dulu *sebelum kapel dengan Qery yeah* aku memang nak jadi cikgu. Sebab aku suka mengajar. Aku tak tau kenapa aku suka ajar orang. Tapi aku tak nak jadi lecturer. Aku cuma nak jadi cikgu sekolah. Aku suka budak sekolah. Tak kisah la sekolah rendah atau menengah. Tapi kalau boleh aku nak sekolah menengah. Sebab aku suka subject menengah. Aku suka kimia, aku suka fizik, aku suka mekanikal, aku suka math, aku suka add math. Cuma cuma cumaaaaa..aku tak berapa pandai je. Muahahaha. Ok tak klaka.

Disebabkan aku tak nak susah. Maksud aku susah tu adalah. Gaji yang ko dapat ni, cukup-cukup je. Cukup bayar rumah, bayar kereta, bayar bil air letrik, bayar astro, bayar bil telefon, bayar ptptn, bayar makan, bagi parent. Cukup-cukup je. Takde la duit lebih untuk beli baju baru setiap bulan ke, makan kat tempat sedap-sedap sikit ke. Aku tak nak. Aku kalau boleh nak la duit lebih sikit. Untuk menyimpan. Untuk guna time terdesak. Jadi aku fikir jadi cikgu sekolah pun bagus jugak. Atleast gaji 2 ribu lebih. Gitu.

Lepas aku kapel dengan Qery, Qery tak bagi aku jadi cikgu. Dia kata aku tak paham lagi kerjaya cikgu macam mana. Mata aku tak terbukak luas lagi. Jadi cikgu bukan senang. Cita-cita aku termati kat situ. Lepas tu, aku plan nak bukak nursery, sebab aku suka budak-budak. Qery kata tak okey jugak. Dia kata jaga anak orang dengan bilangan yang ramai bukan perkara senang. Angan-angan mati sekali lagi. Aku pun kerja je la kat farmasi.

Masa mula2 kerja kat farmasi. Okey la. Fresh graduasi *perghhh first time haku tulis graduasi, haha* Gaji pun 2 ribu lebih. Tak kawin lagi. Tanggungan sendirian berhad je. Tapi aku stress. Sebab aku kena bangun pagi, pergi kerja macam korang selalu buat. Kena marah kalau buat silap. Biasa la tu. Bos takkan suka hati marah kite kalau kita tak buat silap. stress kerja banyak. Public holiday kena kerja. Tempat kerja jauh dengan rumah. Aku tak suka. Jadi aku berenti. Aku cari tempat kerja dekat dengan rumah. Ingatkan tak stress. Rupanya lagi stress. Stress sebab kawasan sekeliling. Doktor yang suka amukan. Huwaaa..tatut okey kena marah dengan doctor.

Kadang2 kalau balik rumah, doctor call, dia suruh suggestkan ubat mata yang ada antibiotik untuk patient yang ada masalah mata merah. Ohemgi..Apakah ini?? Perkara ni biasa berlaku kalau doktor loccum. Sebab dia tak tau spital tu guna ubat apa. Lain spital lain ubatnya. Tapi ko akan rasa ketakutan la kalau oncall. Takut doktor tanya mengarut-ngarut. Haku bukan bijak mana. Kalau tak tau nak jawab, harus la dengar bebelan dia. Erghhhh!! Tension!! Tak suka..

Jadi aku cakap dengan Qery, aku nak berenti. Aku tak tahan dengan keadaan yang mental macam tu. Haha! Aku tak suka hidup aku ditentukan oleh orang-orang yang bajet pandai sangat ni. Ofkos kat spital tu semua orang pandai. Walaupun ko kerja kat stor. Ko lepasan SPM, tapi kalau ko kerja kat hospital. ko punya tahap pandai tu, lebih pandai dari aku okey. Siap boleh hafal nama scientific. Itu kalau dah kerja 10 20 tahun la. Kalau yang baru kerja sebulan, takpe boleh usaha lagi. Hihi!

Qery tak bagi aku resign. Dia cakap dia sorang kerja tak boleh nak tanggung aku. Ofkosss aku tak suruh ko tanggung aku. Hello?? Ingat aku apa? Ceaaa...hahaha! Dia cakap rugi je belajar farmasi, belajar pasal ubat, ada kelebihan tau nama-nama ubat, lepas tu tak nak kerja. Eksekiusme.. Aku memang belajar pasal ubat. Memang kebanyakkan ingredient barang kat guardian *muahaha* kalau aku baca, aku boleh bayangkan rupa dia. Tapi sampai bila aku nak kerja macam ni. Dengan masa tak tentu hala. Dengan perangai sorang-sorang punya doktor amatlah sukar di layan.

Masa tu aku bengang dengan Qery, ko bayangkan. Setiap kali angan-angan aku. Sejak aku kenal dia. Mesti dia tak sokong. Mesti dia tak bagi. Tak sakit hati ko? Masa tu sentap jugak la. Sebab kalau boleh aku nak la dia sokong apa yang aku nak buat kan. Aku cakap aku nak duduk rumah, berniaga online. Aku siap cakap kat Qery, kalau aku tak boleh buat dalam masa 2 bulan. Aku sambung kerja farmasi balik. Gittew. Qery pasrah dengan keputusan aku. Sebab masa tu aku kena kacau dengan Doktor R. hahaha! Doktor R asik suruh masuk bilik dia je. Asik call fon. Iolls rimas. Qery tak boleh kalau lelaki lain kacau-kacau aku.Mulala suruh resign. Haha! Bagus. Memang aku nak resign.

Sebulan buat kerja. Kekok sikit. Rasa macam tak biasa. Aku ingat lagi.Masa aku nak berenti tu adalah masa puasa. Nak guna banyak duit. Nak beli baju raya. Nak beli kuih, nak bagi duit raya, OMG!! Jadi kerja keras sikit lah. Sebab dah memang takde gaji kan. Harapkan bisnes beg tu je la. Kot ada iklan pun dah rasa alhamdulillah. Tapi rasa agak susah sikit. Susah sikit tu sebab nak raya. Kalau tak okey je. Hihi!

Bulan ke dua, dah raya. Duit dah banyak habis kan. Takpe. Kite usaha lagi. Insyaallah kalau ada rezeki kita. Walaupun lambat dapat kat kita. Tetap ada jugak nanti. Jangan cepat putus asa. Allah tak suka hamba dia cepat putus asa. Aku pun bukannye kuat iman sangat. Kadang2 merungut jugak. Hihi! Tapi lepas tersedar tu cepat-cepat la istigfar. Mana tau Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita nanti. Wallahualam.. *amboi..haha*

Bulan ke 3, masa ni aku rasa macam aku tak banyak sale. Tapi still tercari-cari apa yang perlu aku lakukan gittew. Tak ada arah lagi la. Haritu janji dengan Qery, kalau tak boleh bla 2 bulan. Kena cari kerja balik kan. Nasib Qery lupa. Hahaha! Duit simpanan ada. Still every month bagi mak duit. Tapi duit simpanan tu, kalau kite tak menabung, akan habis jugak. Jadi aku ni pening la fikir nak buat apaaaa laa ni. Aku decide malas nak jual beg lagi. Sebab aku tau beg tiruan. sampai bila aku nak jual benda tiruan ni. Tak kemana kot. Walaupun ramai je orang suka beli beg, tapi aku rasa tak best. Perasaan tak best bila kita jual benda tak ori ni lain.

Jadi aku decide, nak jual produk kecantikan. Aku admire sorang kawan aku ni. Sebaya dengan aku. Tapi dia dah berjaya. Berjaya la kat mata aku. Kot dia rasa dia tak berjaya lagi, aku tak tau la kan. Kalau dia baca ni, dia tau la dia siapa. Dia adalah kawan sekolah teknik aku dulu. Satu dorm. Kecik je orangnya. Tapi usaha dan semangat dia boleh buat sampai dia berjaya. Jadi aku pun nak tiru jejak langkah dia.

Aku ni belum berjaya la. Ofkos belum kan. Baru sebulan join kot. Hahaha! Hover okey kalau kata nak berjaya ke apa. Lempang tau la.

Tapi sebenarnya kunci kejayaan ni senang je.

1. Doa
2. Usaha
3. Bertenang
4. Berani
5. Bijak

Uih ini sendiri cipta, haha! Sukahati aku je.

Bulan satu tahun depan, ada satu produk yang akan keluar. Produk dari TREENEA. Sekarang belum keluar lagi la. Aku boleh nampak peratus produk ni naik tu tinggi. Korang pernah dengar VCO? Korang tau VCO ni bagus kan. Yup TREENEA ni akan keluarkan produk VCO Januari tahun depan. Ingredient dia aku dah kaji baik punya. Semua pun bagus tak yah cite la. Hihi! Nanti produk keluar baru aku cite full.

Kenapa aku cerita kemain lagi sekarang??? Sebab.. Aku nak bukak peluang kat sesiapa yang berminat berniaga. Korang boleh jadi dealer atau agent bawah aku. Yang serius untuk berniaga je eh. Kalau yang minat tapi malas usaha. Susah sikit la nak berjaya.  Nanti nama dealer dan agent aku akan letak kat blog. So harap-harap dapat membantu korang serba sedikit la.

Takde basic berniaga. Takpe. Aku akan bagitau mana yang aku tau. Mana yang korang perlu buat. Mana yang korang tak perlu buat. Macam mana nak hadapi bila dapat customer yang tak boleh bla. Hihi! Dont worry. Tak payah susah-susah attend course. Aku boleh ajar. Dulu aku ada attend okey course macam ni. Ilmu kita jangan kedekut. Tak rugi pun.

Aku tau kita tak pernah jumpa pun. Aku pun memang pemalas nak jumpa orang. jadi aku harap apa-apa sebarang keraguan nanti. Boleh email aku je. Senang aku nak jawab panjang2 dalam email. Hihi! Jangan tanya kat fon okeyh. jari iolls besar. Geram je nak taip satu2.

Sapa yang betul-betul berminat untuk jual produk VCO by Treenea ni, sila email aku (sepetsshop@gmail.com).

Subject : Dealer VCO Antioxidants by Treenea
Nama penuh : Zuhana Noh
Nama samaran : (Nama aku nak panggil korang) Kak Zuhana
No Telefon :
Korang tinggal kat mana : Kalau korang study kat uitm, sila tulis uitm, jangan bagi alamat kampung pulak.

Please jangan SMS untuk jadi Dealer okey. Email SAHAJA okey.

Buat masa sekarang. Aku perlukan 20 orang dealer sahaja kat bawah aku. Jadi siapa 20 orang terawal sahaja aku ambik. Okeyh?? Sebab aku cepat pening kepala. Muahahaha! Buat kerja sikit konfius. Aduilaaa..letih nak layan diri sendiri.

Sepet. apekebenda VCO ni. ianya ialah virgin coconut oil. Banyak kelebihannya. Malas cerita sekarang. Haha! Ini pun aku rasa dah panjang berjela dah ni. Peluang ni terbuka kat siapa yang nak duit poket lebih. Atau kepada suri rumah pun boleh. Student pun boleh. Yang minat berniaga je tau.

Iyela..takkan la korang tak pernah terfikir. sampai bilaaaaaaaa laaaa nak kerja macam ni. Bila tengah bulan, stress tunggu gaji.Bila tengah bulan skip makan. Bila tengah bulan pinjam mak bapak duit. Buat loan. Sampai bila???? Ada peluang, kite cuba. Cuba tak rugi. Kalau tak cuba yang rugi.

Mana tau memang rezeki korang ada dalam sektor perniagaan online kan. Mana tau lepas ni korang tak perlu nak gi kerja pagi-pagi, tak perlu hadap jem lagi. Tak perlu nak monday blues lagi. Tak payah kena marah dengan bos lagi. Percayalah...korang lagi suka kena marah dengan customer dari kena marah dengan bos. Muahahaha! Ok main2 je.

Ingat yeah. Siapa berminat. terus email aku. Kalau lebih 20 orang pun takpe. Cuma yang kompom aku akan contact nanti 20 orang terawal la. Mana tau nanti dalam 20 orang terawal tu tak jadi ke, ada masalah sikit ke. Aku akan pick up nama-nama selepas itu. Okey semua??

Kita sama-sama berniaga. Kita sama-sama tolong menolong okey. =)

Aku akan contact korang semua sama ada akhir bulan December atau awal bulan Januari. Korang get ready sahaja okey. Saja ambik detail korang awal-awal sementara aku ada masa ni. Nanti kang dah kelam kabut, hape pun tak boleh..

Love u!! =)

Eh kejap..hahaha! Felinna Inchloss dan Felinna Vit C + Pure Collagen masih boleh order seperti biasa. 2 item ke atas akan dapat free gift yang comel ini.


Felinna Inchloss : RM75 (semenanjung), RM80 (Sabah/Sarawak)
Felinna Vit C + Pure Collagen : RM85 (semenanjung) , RM90 (Sabah/Sarawak)
Postage : FREE

mesej/wassap : 0122678134. Panggil Sepet je k
atau email : sepetsshop@gmail.com

Subject : Felinna Inchloss/Vit C + Pure Collagen
Nama :
Alamat :
Kuantiti :
No Telefon :

Pembayaran selepas jam 2 akan di pos esok. TQ =)

Comments

Shima Mazlan said…
sepet aku nk jd dealer under ko .. but email aku adew prob .. mcm mne ??
linalucx said…
hehehehe....
berminat...
tggu reply from Sepet...
cikji said…
Tengkiuuuuu utk kate2 smngat buat peniaga on9 tuh.. Sedikit sebyk berkobar2 je smngt aku pg ni.btul,bijak jgk pntg dlm bisnes.
Unknown said…
sye dah email dah ^^
Aunty sangat respect dengan orang muda macam awak....aunty doa kan semuga perniagaan awak akan berjaya...insyaallah.